Polisi Privasi

Berkuat kuasa: Januari 2026

Dikemas kini: 28 Oktober 2026

1. Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami mengumpul maklumat berikut apabila anda menghubungi kami atau menggunakan servis kami:

  • Nama, alamat e-mel yang digunakan untuk log masuk melalui Google dan nombor WhatsApp yang diberikan.
  • Nama pengguna Threads yang digunakan atau dihubungkan dengan perkhidmatan.
  • Pautan produk, maklumat perniagaan, gambar dan media lain yang dimuat naik atau dimasukkan ke dalam portal.
  • Maklumat sambungan Buffer yang berkaitan dengan penggunaan AI Influencer Threads (AIT).
  • Log aktiviti Chrome extension yang digunakan untuk menjalankan fungsi automasi.
  • Maklumat transaksi dan pembayaran yang diproses melalui Bayarcash, termasuk rekod pembayaran yang berkaitan.

2. Bagaimana Kami Guna Maklumat Anda

Maklumat anda digunakan untuk:

  • Menyediakan, mengurus dan menjalankan perkhidmatan ToukeyViral yang digunakan oleh anda, termasuk fungsi penjanaan kandungan AI, automasi posting, pengurusan pautan dan akses kepada bahan digital.
  • Menghubungi anda berkaitan servis dan sokongan
  • Memproses pembayaran
  • Memperbaiki servis kami

3. Perkongsian Maklumat

Kami tidak menjual atau berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, kecuali:

  • Pemproses pembayaran untuk transaksi kewangan
  • Buffer digunakan sebagai penyedia integrasi pihak ketiga untuk menjadualkan dan menerbitkan post AI Influencer Threads (AIT). Bagi Threads Autopilot dan Facebook Autopilot, proses penjadualan atau posting dijalankan melalui extension dalam pelayar anda menggunakan akaun media sosial anda sendiri, bukan melalui sambungan Buffer AIT.
  • Jika dikehendaki oleh undang-undang Malaysia

4. Penyimpanan Data

Maklumat anda disimpan selagi anda menggunakan servis kami. Selepas penamatan servis, kami akan memadamkan data anda dalam tempoh 30 hari, kecuali rekod kewangan yang perlu disimpan mengikut undang-undang.

5. Keselamatan Data

Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda. Walau bagaimanapun, tiada sistem yang sepenuhnya selamat dan kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlak.

6. Hak Anda

Anda berhak untuk:

  • Meminta salinan data peribadi anda
  • Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat
  • Meminta pemadaman data anda
  • Menarik balik persetujuan pada bila-bila masa

7. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan privasi, hubungi kami di toukeyviral@gmail.com atau WhatsApp +60 11-1650 6637.

Tekan sini sebarang soalan tentang service kami!