Terma & Syarat

Berkuat kuasa: Januari 2026

Dikemas kini: 28 Oktober 2026

1. Pengenalan

Terma dan syarat ini mengawal penggunaan servis ToukeyViral. Dengan melanggan mana-mana servis kami, anda bersetuju dengan terma ini.

2. Servis Yang Disediakan

ToukeyViral menyediakan servis automasi digital berikut:

  • AI Influencer Threads (AIT) — sistem automasi Threads berasaskan cloud yang menjana dan menerbitkan post melalui sambungan Buffer. Pendaftaran pelanggan baharu ditutup buat masa ini.
  • Threads Autopilot — sistem yang menjana draf post menggunakan AI untuk disemak dan dijadualkan oleh pengguna ke Threads melalui Chrome extension dan akaun pengguna sendiri.
  • Facebook Autopilot — sistem posting ke Wall dan group Facebook pilihan melalui Chrome extension menggunakan akaun Facebook pengguna sendiri. Disediakan sebagai bonus pakej Threads Autopilot Fighter dan Super Fighter yang aktif.
  • Tekan-Bio — perkhidmatan halaman link-in-bio untuk mengumpulkan dan menyusun pautan produk, perniagaan serta media sosial.
  • Ebook Digital — bahan pembelajaran dan rujukan digital yang disediakan oleh ToukeyViral.
  • AI Live Stream — perkhidmatan ini ditangguhkan dan tidak menerima pendaftaran pelanggan baharu.

3. Tanggungjawab Pelanggan

  • Menyediakan dan menggunakan akaun media sosial milik anda sendiri yang diperlukan untuk perkhidmatan yang dilanggan, termasuk akaun Threads atau Facebook yang berkaitan.
  • Menyediakan maklumat dan bahan yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan, termasuk pautan produk, maklumat perniagaan, gambar atau media lain yang berkaitan.
  • Memastikan produk, perkhidmatan dan kandungan yang dipromosikan mematuhi undang-undang Malaysia serta polisi platform yang digunakan, termasuk Threads, Facebook dan TikTok, jika berkaitan.
  • Membuat pembayaran mengikut tempoh yang dipersetujui

4. Pembayaran

  • Bayaran adalah secara bulanan mengikut pakej yang dipilih
  • Pembayaran perlu dibuat sebelum servis dimulakan
  • Harga tertakluk kepada perubahan dengan notis 30 hari

5. Penamatan Servis

  • Bulan pertama tanpa kontrak - anda boleh cancel bila-bila masa
  • Selepas bulan pertama, notis penamatan 7 hari diperlukan
  • Kami berhak menamatkan servis jika pelanggan melanggar terma ini
  • Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan untuk tempoh yang telah digunakan

6. Had Liabiliti

  • ToukeyViral tidak bertanggungjawab terhadap tindakan penguatkuasaan oleh platform pihak ketiga, termasuk Threads, Facebook atau TikTok, seperti sekatan akaun, penggantungan, pengehadan fungsi atau penutupan akaun akibat penggunaan perkhidmatan.
  • Kami tidak menjamin jumlah jualan atau engagement tertentu
  • Ketersediaan sistem automasi bergantung pada operasi sistem, sambungan pihak ketiga dan keperluan penyelenggaraan. Perkhidmatan mungkin mengalami gangguan sementara akibat faktor tersebut.
  • Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung yang timbul daripada penggunaan servis

7. Harta Intelek

  • Bahan yang anda sediakan (video, audio, gambar) kekal hak milik anda
  • Sistem, perisian dan teknologi automasi yang dibangunkan oleh ToukeyViral adalah hak milik ToukeyViral.
  • Kandungan dan bahan yang dijana menggunakan teknologi AI melalui perkhidmatan ToukeyViral hanya boleh digunakan mengikut skop perkhidmatan yang dilanggan serta terma penggunaan yang berkuat kuasa.

8. Produk Digital (Ebook)

  • Ebook Hook Threads ialah produk digital dalam format PDF yang dijual pada harga RM19.90 secara bayaran sekali sahaja (bukan langganan) melalui Bayarcash menggunakan FPX atau DuitNow QR.
  • Selepas bayaran berjaya, pautan muat turun akan dihantar ke e-mel yang anda berikan, atau melalui WhatsApp ke nombor yang didaftarkan sekiranya penghantaran e-mel gagal.
  • Pautan muat turun terikat pada e-mel pembeli, sah selama 1 tahun dan boleh diminta semula melalui halaman ebook, manakala nama serta e-mel pembeli akan dicetak pada setiap muka surat PDF.
  • Ebook ini adalah untuk kegunaan peribadi seorang pembeli, namun anda dibenarkan menggunakan dan mengubah suai template serta contoh ayat untuk post Threads sendiri, termasuk bagi tujuan bisnes dan affiliate.
  • Anda tidak dibenarkan menjual semula, berkongsi atau menghantar fail PDF kepada orang lain, memuat naiknya ke group, Google Drive atau Telegram, atau menyalin kandungannya untuk dijadikan ebook, kursus atau produk sendiri.
  • ToukeyViral berhak menarik balik akses muat turun sekiranya ebook didapati dikongsi atau dijual semula tanpa kebenaran.
  • Tiada bayaran balik selepas pautan muat turun dihantar kerana ebook ini merupakan produk digital; jika fail rosak atau pautan tidak diterima, sila hubungi kami untuk penghantaran semula.
  • Ebook ini mengandungi dapatan kajian, contoh dan template tanpa jaminan likes, viral, jualan atau pendapatan; bonus kupon bernilai RM9 untuk pakej Threads Autopilot Fighter atau Super Fighter adalah pilihan dan tertakluk kepada terma langganan Threads Autopilot.

9. Perubahan Terma

Kami berhak mengubah terma ini dari semasa ke semasa. Perubahan akan dimaklumkan melalui WhatsApp atau email sekurang-kurangnya 7 hari sebelum berkuat kuasa.

10. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terma ini, hubungi kami di toukeyviral@gmail.com atau WhatsApp +60 11-1650 6637.

Tekan sini sebarang soalan tentang service kami!